Larian Glasier Kaya Mineral Menyuburkan Ladang-Ladang Organik

Larian Glasier Kaya Mineral Menyuburkan Ladang-Ladang Organik

Air yang keruh bukan seperti yang selalu kita sangkakan. Di Trout Lake West Farm, air keruh yang berdekatan mengandungi nutrien kaya mineral yang sesuai untuk menanam tumbuhan yang kemudiannya diproses menjadi bahan-bahan yang digunakan di dalam suplemen vitamin dan diet Nutrilite.

Air adalah salah satu unsur utama ekosistem yang diseimbangkan dengan teliti di ladang organik. Trout Lake West, sebuah ladang milik Amway yang disahkan organik di Washington, A.S. mempunyai salah satu sumber air terkaya yang ada.

Ladang botani seluas 401 ekar ini terletak di kaki bukit Pergunungan Cascade. Puncak glasier berdekatan Gunung Adams menyuburkan tanaman ladang dengan air yang sarat dengan nutrien yang menyebabkannya kelihatan keruh.

Pengurus Trout Lake West Farm Danielle Hawkins memberitahu bahawa air itu yang diuji setiap bulan untuk memastikan kualiti, memang sesuai untuk menyuburkan tanah gunung berapi yang gembur dan mengurangkan keperluan untuk menambah mineral ketika tumbesaran.

“Memiliki sumber air ini memberikan tumbuhan kami penggalak semula jadi,” kata Hawkins.

Lembah Trout Lake adalah salah satu lembah organik kaya air yang masih wujud di dunia ini. “Kami tidak tercemar oleh baja dari ladang konvensional,” tambah Hawkins. “Semua ladang di sekeliling adalah organik, menjadikannya optimum untuk pengeluaran organik tanpa perlu bimbang tentang pencemaran luar.”

Ia juga menjadikannya optimum untuk menanam herba dan tumbuhan yang digunakan bagi membuat bahan-bahan di dalam produk Nutrilite, termasuk Echinacea, valerian, lemon balm dan dandelion.

Pendekatan terhadap perladangan di Trout Lake West hanya satu contoh mengenai komitmen mendalam kepada kesurihan bahan dan pertanian lestari, membantu memastikan suplemen Nutrilite adalah yang paling tulen, paling selamat dan paling berkesan.