5 Suplemen Nutrilite untuk Meningkatkan Rutin Kerja Dari Rumah

5 Suplemen Nutrilite untuk Meningkatkan Rutin Kerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah telah menjadi perkataan yang popular semenjak beberapa bulan lepas. Setiap hari petua-petua dikongsikan tentang cara-cara baru bagi mempertingkatkan produktiviti kita ketika bekerja di rumah, atau senaman yang boleh dilakukan di meja anda supaya anda kekal cergas.

Tetapi hakikatnya, produktiviti dan kesihatan sebenar datang dari dalam diri anda sendiri. Apabila sistem imun anda kuat, perut anda menjadi sihat, dan minda anda tajam, produktiviti dan motivasi untuk melakukan yang terbaik akan datang dengan mudah.

Oleh itu, memfokus pada kesihatan dalaman tubuh dengan 5 suplemen Nutrilite ini perlu dijadikan sebahagian daripada rutin bekerja dari rumah.

Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Nutrilite Bio C Plus All Day FormulaDihasilkan tanpa pewarna tiruan, perisa dan bahan pengawet, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula adalah permulaan yang sempurna untuk hari anda. Setiap tablet mengandungi 500 mg Vitamin C dan ia dirumus khusus untuk melepaskan Vitamin C dengan tetap sepanjang hari bagi membantu tubuh menyerap dan menggunakan vitamin secara lebih efisien. Vitamin C dalam tablet diperoleh daripada oren, lemon, limau gedang dan ceri aserola (yang dipetik semasa jumlah vitamin C-nya pada tahap puncak) yang ditanam oleh Nutrilite dengan ketelusan pemprosesan dari ladang sehingga terhasilnya tablet suplemen.

Nutrilite Cal Mag D Plus

Nutrilite Cal Mag D PlusTulang yang lebih kuat bermula dengan Nutrilite Cal Mag D Plus. Campuran vitamin ini termasuk Kalsium, Magnesium dan Vitamin D untuk merapatkan jurang antara kalsium yang anda perlukan dan kalsium yang anda ambil setiap hari. Kalsium dan magnesium yang terkandung diperoleh daripada sumber botani yang dikeringkan daripada rumpai laut terkalsifikasi yang diambil dari dasar laut fjord Iceland.

Nutrilite Mixed Probiotic With Chicory Root Extract

Nutrilite Mixed Probiotic With Chicory Root ExtractKesihatan yang baik memerlukan perut yang baik, oleh itu cegahlah penyakit perut dengan Nutrilite Mixed Probiotik With Chicory Root Extract. Probiotik ini mengandungi campuran 5 strain probiotik yang berbeza dan hampir 6.3 bilion bakteria baik untuk menyokong dan menyeimbangkan persekitaran usus yang sihat.

Tambahan pula, Ekstrak Akar Cikori membekalkan serat prebiotik bagi menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus. Ambil satu pek batang sehari, walaupun pada hari yang paling sibuk, anda akan merasa lega mempunyai perut yang sihat.

BodyKey By Nutrilite Meal Replacement Shake

BodyKey By Nutrilite Meal Replacement ShakeApabila anda ada mesyuarat sepanjang hari, perkara terakhir yang anda ingin lakukan ialah meninggalkan meja kerja dan memasak sajian makan tengah hari yang sihat. Oleh itu, ketepikan mi segera dan ambil segelas Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite. Perisa Coklatnya pasti menjadikan anda menjilat jari dan kandungan pemakanannya akan memberikan tubuh anda satu pertiga daripada keperluan pemakanan harian dan mengekalkan bentuk badan anda. Cuma campurkan dengan susu skim atau susu soya dan nikmatilah minuman tanpa perisa dan pemanis tiruan ini. Terdapat juga perisa Vanila dan Kopi.

Nutrilite Soy Protein Drink Mix

Nutrilite Soy Protein Drink MixTingkatkan pengambilan protein dengan Nutrilite Minuman Campuran Protein Soya perisa beri campuran yang lazat dan sangat bagus untuk seisi keluarga! Protein adalah blok binaan yang perlu bagi tumbesaran kanak-kanak, pertumbuhan otot dan kulit yang kelihatan sihat, oleh itu memastikan anda memiliki protein yang mencukupi dalam diet anda adalah penting.

Anda hanya perlukan dua skup untuk mendapatkan 8g protein, 9 asid amino perlu dan 250mg kalsium. Minuman campuran mesra vegetarian ini juga tidak mengandungi perisa tiruan, bahan pengawet dan pewarna. Minuman Campuran Protein Soya ini juga terdapat dalam perisa Asli, Coklat dan Teh Hijau.