Keperluan Nutrisi yang Berbeza untuk Lelaki dan Wanita

Keperluan Nutrisi yang Berbeza untuk Lelaki dan Wanita

Tahukah anda? Lelaki dan wanita mempunyai 99% DNA yang serupa. Ini mungkin memeranjatkan kebanyakan orang dan hujah mereka mengenai konstruk sosial, tetapi hakikatnya tidak berubah! Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan ketara dalam keperluan nutrisi bagi kedua-dua jantina walaupun mempunyai persamaan dalam struktur genetik.

Pengambilan kalori misalnya berbeza mengikut jantina, begitu juga dengan usia, berat badan dan gaya hidup. Secara purata, lelaki memerlukan lebih banyak kalori dalam sehari berbanding wanita. Ini sudah pasti bergantung kepada faktor yang dinyatakan sebelum ini.

Keperluan Nutrisi Lelaki

Memandangkan lelaki (sihat, aktif) mempunyai peratusan jisim otot yang lebih tinggi dan kurang lemak berbanding wanita, mengekalkan pengambilan protein yang sihat adalah penting.

Men Nutritional Needs

Protein

Minuman Protein Soya Nutrilite adalah sumber asid amino dan protein penting yang hebat. Bancuhkan dalam gelas untuk diminum bersama sarapan pagi atau makan tengahari anda dan 8g protein berkualiti tinggi, asid amino dan kalsium sekali gus!

Vitamins B

Vitamin B adalah penting untuk semua orang. Namun begitu biasanya lelaki memerlukan lebih banyak vitamin B untuk mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan mereka. Untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi untuk hari anda, kedua-dua lelaki dan wanita harus mengambil Nutrilite Natural B Complex untuk mendapatkan dos harian vitamin B yang penting.

Serat

Pernahkah terfikir mengapa lelaki mengambil masa yang lama di dalam tandas? Mereka mungkin memerlukan lebih banyak serat dalam diet mereka! Karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan sembelit serta penambahan berat badan dan berpotensi menjejaskan gula darah anda.

Imbangkan bahagian nasi harian anda dengan suplemen serat Nutrilite, tersedia dalam bentuk serbuk atau tablet boleh kunyah!

Keperluan Nutrisi Wanita

Manakala wanita turut memerlukan vitamin B, protein dan serat. Mereka juga memerlukan lebih banyak nutrien tertentu berbanding lelaki. Adalah penting untuk wanita mendapat kalsium, vitamin D dan zat besi yang mencukupi.

Women Nutritional Needs

Kalsium & vitamin D

Kalsium dan vitamin D adalah penting untuk menyokong kesihatan tulang. Memandangkan wanita mempunyai ketumpatan tulang yang lebih rendah berbanding lelaki, kalsium dan vitamin D memainkan peranan yang penting dalam kesihatan mereka. Memulakan rutin sihat dengan pengambilan suplemen serta diet yang seimbang akan membantu mencegah kehilangan tulang, osteoporosis dan tulang rapuh apabila semakin berusia.

Kalsium & vitamin D masing-masing: 1,000mg setiap hari (minimum)

Nutrilite Cal Mag D Plus menyediakan pengambilan harian kalsium, magnesium dan vitamin D untuk anda dalam satu langkah mudah.

Zat Besi

Apabila wanita mengalami Datang Bulan, adalah penting untuk menggantikan zat besi dan kehilangan darah dengan suplemen zat besi. Kekurangan zat besi dalam diet anda boleh menyebabkan kuku rapuh, rambut gugur dan keletihan.

Pengambilan zat besi yang disarankan: 18mg setiap hari

Cubalah Iron Folic Nutrilite untuk mendapatkan pengambilan vitamin dan mineral harian anda. Zat besi dan asid folik adalah penting untuk pembentukan sel darah merah. Ramai orang beranggapan bahawa asid folik adalah suplemen yang penting untuk wanita hamil sahaja. Perkara ini adalah tidak benar. Menambah zat besi dan asid folik dalam diet anda akan membantu mencegah anemia dan menggalakkan penghasilan sel baru.

Women Nutritional Needs

Bercakap tentang kehamilan, badan wanita memerlukan semua bantuan yang diperlukan untuk pulih daripada keajaiban bersalin. Set Lepas Bersalin Tropical Herbs menyediakan rumusan herba moden dan tradisional untuk menyokong ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.

BONUS: Pada suatu ketika dalam kehidupan wanita, kita semua tertanya-tanya, mengharap dan mencuba pelbagai benda untuk membuat kulit kita bersih, berseri dan paling penting kulit yang sihat. Tetapi malangnya apabila usia semakin meningkat bermakna kolagen kulit kita akan berkurangan. Oleh itu, manjakan kulit anda dan amalkan konsep ‘Kecantikan Bermula dari Dalam’ dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite.

Ini hanyalah beberapa suplemen dan vitamin yang tersedia dengan Nutrilite. Ketahui lebih lanjut mengenai produk lain yang hebat di sini.