Sendi yang menua perlukan glukosamina

Sendi yang menua perlukan glukosamina

Kita menggunakan sendi sepanjang hari, setiap hari. Sama ada untuk mengekalkan rutin berlari atau sekadar menaiki tangga dalam  kehidupan seharian, ia boleh memudaratkan sendi kita.

Kerana sendi memainkan begitu banyak peranan dalam rutin harian kita, menyokongnya haruslah menjadi keutamaan. Nutrien seperti glukosamina boleh membantu menyokong sendi anda dan membolehkannya sentiasa bergerak. Glukosamina adalah blok binaan utama untuk sendi yang sihat.

“Apabila kita menua, sendi kita perlukan lebih glukosamina berbanding yang boleh dihasilkan oleh tubuh kita,” kata Jina Hong, Ph.D., penyelidik pemakanan untuk jenama Nutrilite.

Di samping menambah glukosamina kepada rutin suplemen anda, di sini ada banyak cara untuk membantu menyokong sendi dan pergerakan yang sihat pada sebarang usia:

  • Fikirkan semula diet anda. Sesetengah makanan boleh menentang keradangan termasuk ikan dan kacang soya yang sarat dengan asid lemak omega-3, ceri yang mengandungi antosianin dan produk tenusu yang kaya kalsium.
  • Buat regangan sebelum dan selepas aktiviti kardio. Regangan yang lembut mempersiapkan sendi anda untuk aktiviti yang lebih lasak. Dan regangan penenang yang bagus boleh membantu melegakan tekanan sendi.
  • Selaraskan senaman anda. Jika anda tidak mampu berlari laju, berjalanlah dengan seorang rakan atau nikmati keseronokan berbasikal. Sebarang aktiviti adalah menyihatkan – terutamanya jika anda boleh mengelakkan kesakitan atau kecederaan!