Kolagen Adalah Makanan Kulit Anda. Mengapa?

Kolagen Adalah Makanan Kulit Anda. Mengapa?

Penyebab Tekanan Kulit Harian

Cuba bayangkan penyebab tekanan persekitaran yang anda hadapi setiap hari – daripada sinar UV yang berbahaya hingga ke pencemaran dan tekanan hidup yang sangat sibuk. Kulit anda (yang merupakan organ badan terbesar dan beratnya sekitar 16% daripada jumlah berat badan anda) mudah diserang oleh semua ini, membuatkannya mudah terdedah kepada kerosakan yang berterusan yang boleh mempengaruhi keupayaanya untuk pulih secara semula jadi, lalu menjurus kepada tanda-tanda penuaan pramatang dan kehilangan kolagen yang ketara.

Bagaimanakah Anda Menanganinya?

Kita semua sedia maklum bahawa penghidratan, sajian yang seimbang, pengambilan suplemen dan rutin senaman yang kerap membolehkan anda mengeluarkan toksin. Namun, kadang-kadang ini tidak mencukupi untuk mendapatkan wajah yang berseri.

Sama ada anda sedang menentang sinar UV yang berbahaya daripada cahaya matahari atau alat penyaman udara di pejabat anda selain kulit yang kering, kusam dan kendur, ia adalah idea yang baik untuk menyuburkan dan melindungi kulit anda sepanjang tahun dengan bantuan tambahan daripada kolagen.

Apakah Komponen Kolagen?

Terdiri daripada asid amino, kolagen membentuk 75-80% protein kulit anda dan merupakan protein paling banyak di dalam badan kita. Ia adalah blok binaan utama bagi kulit, tulang, otot dan gigi. Kolagen boleh didapati terutamanya dalam makanan yang kaya protein seperti daging, ikan (laut) dan telur.

Apakah Manfaat Kolagen?

• Kulit yang Sihat & Berseri
• Kuku yang Kuat
• Rambut yang Tebal & Berkilat
• Merangsang Metabolisme
• Melindungi Kesihatan Kardiovaskular
• Meningkatkan Pencernaan
• Menyokong Kesihatan Sendi

Apakah yang Menyebabkan Penurunan Pengeluaran Kolagen?

(a) Umur

Daripada (tahun) Penurunan Pengeluaran Kolagen
25 Penurunan 1% setiap tahun
40 Penurunan 25% setiap tahun
60 Penurunan 50% setiap tahun

(b) Diet Gula yang Tinggi

(c) Pendedahan Matahari yang Berlebihan

(d) Merokok

Kini telah terbukti bahawa kulit yang sempurna di luar dan badan yang sihat di dalam lebih mudah dicapai dengan kehadiran kolagen, terdapat Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink BARU yang menarik yang kami tidak sabar-sabar lagi ingin kongsikan dengan anda pada bulan hadapan.

Teruskan bersama kami untuk maklumat terkini!

Berminat untuk mengetahui tentang suplemen Nutrilite yang hebat untuk anda dan orang tersayang? Layari www.amway.my hari ini.