Tampil dengan Tubuh yang Sihat pada Hari Raya dengan Nutrilite

Tampil dengan Tubuh yang Sihat pada Hari Raya dengan Nutrilite

Makanan, kemeriahan dan keluarga adalah sinonim dengan setiap sambutan Raya. Tetapi semua keseronokan dan kegembiraan itu diiringi dengan keburukan – sajian yang berat dan hidangan yang sarat dengan kandungan gula boleh memberi kesan terhadap tahap tenaga, kulit dan malah garis pinggang anda.

Jadi anda harus mengambil langkah awal untuk kesihatan anda dengan merangsang kesejahteraan anda dengan rangkaian suplemen kesejahteraan Nutrilite, minuman kolagen dan minuman kocak protein.

Jika anda tidak pasti dimana mahu bermula, masukkan 6 produk Nutrilite ini ke dalam senarai produk utama anda pada Hari Raya nanti.

Nutrilite CB Plus

Nutrilite CB PlusGayakan kebaya kegemaran anda dan perolehi kebaikan alam semula jadi dengan Nutrilite CB Plus. Kapsul gel lembut mengandungi ekstrak kacang soya dan kacang ginjal yang membantu mengurangkan pencernaan karbohidrat dan membantu mengawal berat badan.

Nutrilite CB Plus yang dirumus secara saintifik dengan pekatan pasli dan produk organik adalah bebas daripada pewarna, perisa dan pengawet tiruan. Anda juga boleh yakin bahawa semua produk pemakanan dan kesejahteraan dijual di bawah Nutrilite adalah disahkan Halal.

Nutrilite CH Balance

Nutrilite CH BalanceKehebatan teh hijau telah banyak diperkatakan di internet – ia membantu dalam penurunan berat badan, meningkatkan kesihatan jantung dan malah mengurangkan kolesterol. Tetapi meminum bercawan-cawan teh hijau boleh membosankan anda. Lagipun, kepelbagaian adalah rencah kehidupan!

Jadi, warnai hari-hari anda dan dapatkan kebaikan teh hijau setiap hari dengan Nutrilite CH Balance. Dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan, sebatian teh hijau bermanfaat yang membantu mempertingkatkan kesihatan jantung dan merendahkan kolesterol telah didatangkan dalam bentuk kapsul gel lembut yang mudah diambil untuk kesejahteraan yang dipertingkatkan.

Ambil dua kapsul gel lembut sehari untuk mengekalkan kesejahteraan anda dan apa kata hidangkan teh hijau untuk semasa berbuka puasa dan rumah terbuka.

Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey

BodyKey Meal Replacement ShakeJika sajian berat dan menyelerakan memberi kesan terhadap pencernaan anda (dan garis pinggang) maka kurangkanlah tanpa mengorbankan nutrien, serat, vitamin dan mineral perlu dengan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey! Minuman kocak ini padat dengan satu pertiga daripada keperluan pemakanan harian anda agar anda kekal aktif di samping mengekalkan tubuh badan yang langsing dan menarik.

Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite

Nutrilite Mixed Collagen Peptide DrinkKolagen membentuk hampir 75% - 80% protein kulit anda, jadi ia adalah blok pembinaan yang perlu untuk kulit yang sihat. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, pengeluaran kolagen semula jadi dalam tubuh akan berkurangan dan garis-garis halus akan timbul serta kulit menjadi kendur.

Tangani kesan ketara penuaan pada Hari Raya kali ini dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite. Paket yang mudah diminum ini mengandungi kombo dwipeptida dengan ekstrak bunga kekwa untuk kesan yang sihat dan mempermudakan pada kulit, rambut dan kuku.

Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric

Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and TurmericMemang seronok bila bertemu rakan-rakan dan keluarga tetapi kekal selamat dan merangsang keimunan anda dalam tempoh sukar ini juga adalah perkara penting untuk dilakukan. Dapatkan bahan-bahan yang sarat dengan herba dan botani dari alam semula jadi seperti kunyit, likuoris dan ceri aserola dengan Nutrilite Botanical Beverage Mix!

Nikmati faedah yang merangsang keimunan daripada Vitamin C yang diperolehi daripada ceri aserola, sifat antikeradangan daripada kunyit dan sifat antibakteria daripada likuoris dalam pek batang yang menyenangkan walaupun anda sentiasa sibuk.

Minuman Protein Soya Nutrilite

Tampil cantik semasa sambutan Hari Raya dengan bantuan Minuman Protein Soya Nutrilite. Ia dipenuhi dengan protein berkualiti tertinggi, 9 asid amino perlu dan kalsium daripada sumber-sumber bukan GMO. Minuman protein ini mempunyai semua nutrien yang perlu agar rambut menjadi kuat dan berkilat serta kulit yang sihat. Minuman Protein Soya Nutrilite terdapat dalam pelbagai perisa iaitu beri campuran, coklat dan teh hijau yang lazat. Ia juga terdapat dalam pilihan saiz 900g.