Ladang Mexico: Cacing Sedang Bekerja

Ladang Mexico: Cacing Sedang Bekerja

Di Rancho El Petacal di Jalisco, Mexico, salah satu daripada tiga ladang milik Amway yang disahkan organik, apabila anda berdiri diam-diam dan mendengar dengan teliti, anda boleh mendengar … bunyi mengunyah. Siapa yang sedang mengunyah itu? Cacing.

Lima tan cacing.

“Kami memberinya makan bahan lebihan dari proses penuaian dan pemprosesan serta sisa organik yang lain,” kata Pengurus Ladang  Gerardo Gordillo. “Apabila anda berdiri di sebelah ladang, anda benar-benar boleh mendengarnya makan.”

Di ladang cacing yang sihat, cacing memproses bahan makan yang bersamaan dengan berat badannya setiap hari. Sisa buangannya iaitu najis, dikumpulkan dengan menyiram dan mengeringkan batas-batas cacing berkali-kali.

Hasilnya adalah 260,000 liter humus cair yang kaya nutrien setahun, kunci kepada pembajaan tanaman organik ladang yang dikhaskan untuk produk Nutrilite.

Ladang cacing setengah ekar itu bermula sebagai projek rintis kecil pada 2007 dengan beberapa kilogram – atau kira-kira 5 paun – cacing merah Mesir yang hidup. Selepas penyelidikan meluas ke atas keadaan optimum bagi memelihara dan memberi makan cacing, mengawal haiwan perosak, mengumpul humus cair dan menguji serta menambah baik kandungan nutriennya, pekerja ladang telah meluaskan operasinya.

Ana Chavez, penyelaras perhubungan awam di ladang, mengatakan bahawa ia merupakan hentian popular bila-bila Pemilik Perniagaan Amway datang berkunjung.

“Terdapat tradisi terbaru dalam kalangan beberapa kumpulan di mana mereka saling mencabar supaya memakan cacing hidup,” kata Chavez, “Dan itu bukan cabaran yang kecil.”

Mengapa? Nama saintifik untuk cacing merah ialah Eisenia fetida. Fetida dalam Bahasa Latin bererti berbau busuk. Ini kerana cacing ini akan mengeluarkan cecair busuk apabila berasa dirinya terancam.

“Ada yang makan cacing itu,” katanya. “Kebanyakannya tidak.”