Tiga Tonggak Kesihatan yang Baik

Tiga Tonggak Kesihatan yang Baik

Pemakanan, Senaman dan Rehat

Untuk memastikan bahawa kita sentiasa berada dalam keadaan sihat, adalah penting untuk kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang paling banyak menyumbang ke arahnya. Pemakanan yang baik memberikan tubuh apa yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik, yang seterusnya memberikan kita tenaga yang kita perlukan untuk bersenam. Senaman membantu tubuh melatih kemahiran motor dan lebih penting lagi, membina dan memejalkan otot. Pada akhir semua itu, rehat yang mencukupi akan membolehkan tubuh membaiki dirinya sendiri, menjadikannya lebih kuat dan memberikannya tenaga untuk menghadapi setiap hari yang baru.

Mari kita lihat asas setiap satu dengan terperinci:

Pemakanan yang Baik

Pemakanan yang BaikSeperti banyak perkara dalam kehidupan, memasukkan benda-benda baik ke dalam tubuh anda akan memberi hasil yang baik. Tubuh kita memerlukan banyak blok binaan yang kukuh untuk membina dan memulih, dan kebanyakannya berasal dari sumber yang berbeza. Daging, sayur-sayuran dan buah-buahan semuanya mengandungi sumber yang berlainan dan berharga untuk tubuh membesar dan berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan agar berunding dengan doktor atau pakar diet yang disahkan apabila membuat pelan sajian yang baik untuk gaya hidup anda. Manfaatkan sepenuhnya makanan dan suplemen yang kita ambil ke arah tubuh lebih sihat.


Senaman yang Baik

Senaman yang BaikRegimen senaman yang seimbang bukan hanya memfokus kepada penurunan berat badan tetapi juga penambahan otot dan ketahanan. Membakar kalori adalah alasan bersenam yang paling kerap disebut tetapi adalah penting untuk diingat bahawa tubuh anda bukan mengambil kalori hanya supaya ia dapat membakarnya.

Apabila anda bersenam, kadar jantung anda meningkat. Aliran darah yang meningkat akan memastikan pembuluh darah dan arteri lancar, dan ia memastikan bahawa seluruh tubuh anda mendapat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dan hidup. Kajian juga menunjukkan bahawa senaman secara tetap merembeskan hormon gembira di dalam otak anda dan meningkatkan fungsi pemikiran dan memori. Aliran darah yang meningkat hasil bersenam juga merangsangkan kesihatan mental anda.


Rehat yang Mencukupi

Rehat yang MencukupiManfaat mendapatkan rehat yang mencukupi adalah banyak. Apabila tubuh dan minda anda mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung ia menyebabkan mood, produktiviti dan prestasi bertambah baik. Tubuh anda amat memerlukan masa untuk pulih dari latihan fizikal anda pada siang hari. Skrin yang terang adalah faktor utama insomnia. Jadi, pastikan anda mematikan atau menjauhkan sebarang alat elektronik yang memancarkan cahaya di tempat tidur anda sebelum anda tidur.